Dalam tempoh masa yang panjang saya cuba mencari apa yang hendak ditulis pada post akan datang .Sampailah satu hari saya menonton BERCINTA SELEPAS NIKAH .Sebelum PU Rahmat memulakan show tersebut dia ada cakap
" Suatu Kecelakaan Apabila Seseorang Itu Pandai Baca Kitab Tapi Tak Pandai Baca Masyarakat "
Bila je Pu Rahmat habis Baca ayat tu saya terdiam , Mendalam maksudnya.Hari demi hari .Uish .Bukan senang nak baca . Masyarakat pun bukan sorang dua . Jadi fikir dan terus berfikir akhirnya Allah berikan saya ilham .Alhamdullilah . Dan isu yang paling hot adalah ....
Soal " TUDUNG "
Soal " TUDUNG "
Sekarang ni dah macam ii tudung wujud daripada yang bawal sampailah ke crepe . Pelik ii nama .Mungkin dah kehabisan idea.. Ok ii ..tajuk ni berat 2kg .. ayat pu rahmat .Menutup kepala adalah sesuatu syariat Allah . Bukan tudung .kata ustaz azhar idrus awak nak pakai guni pon boleh asal tutup kepala .Dan syarat pakai tudung pula MESTI labuh menutupi dada dan tidak jarang . Tak kesah lah awak nak pakai shawl ke selendang ke bawal ke tetapi 2 syarat ni kena pegang .
Ada orang tanya
"Akak . kalau nak pakai tudung mesti ke kena pakai tudung jahit tengah yang macam tudung sekolah yang budak ii agama pakai ."
Ok !.. Saya tanya awak ..Awak pakai selendang tu nipis tak .? Tutup dada awak tak..?
Senang je . Pegang 2 syarat . Islam itu tak jumud sayang .Islam tu tak mengongkong .Konsep berhias diri dalam islam islam itu satu cara untuk mengelokkan diri dengan pakaian bersih , kemas dan CANTIK . Hah kenapa saya ball kan perkataan cantik .Inilah sifat yang Allah letak dalam diri seorang wanita .Nak pakai baju mesti nak matching dengan seluar .Macam tu jugak tudung .Islam tu beri kita pakai apapun asalkan mengikut syariat islam .
TAPI , kalau kita tengok tudung sekarang tak menepati apa yang telah disyariaatkan dalam islam .Pendek , Nipis dan boleh menarik perhatian kaum Adam .. Betul tak..? Kalau ada tudung yang menepati syariat islam Maka , pakailah .. Pendapat orang lain ii . Ada orang suka pakai tudung jahit tengah sebab simple .Tak payah nak pin banyak ii .Tapi kita kena ingat konse berhias diri itu mengelokkan diri ... Islam itu mengajar kita dengan sifat Qannah iaitu berpada-pada . Nak beli pon kena berpada-pada . Sekarang punya tudung makin pendek makin mahal ..Masya Allah ! Makin pelik pula zaman nih .Lagi penting duit tu awak sedekahkan pada orang .Ye dok.? Jadi boleh saya katakan bahawa tudung terbaik adalah tudung jahit tengah ..Itu pendapat saya .
Islam itu memelihara. Kalau kita bertudung itu lebih dihormati Orang nak cuit ii pun takut .Tudung apa pun yang kita nak pakai ..Maka pakailah .Yang penting niat kita .INNAMA A'MALULBINNIAT .Setiap perkara itu disertai dengan niat .Pakai tudung biarlah niat kita itu suci .Bukan unuk takkabbur ke ? riak ke..? Allah itu ukur pebuatan kita melalui niat .Kan cantik kalau pakai tudung tiu kerana Allah . Maka Allah akan pelihara kita .Tapi kecantikan yang berpada-pada .Orang tengok pun sejuk hati .Rasulullah itu sukakan kecantikan . Bila kita pakai labuh ii pun kira dakwah .Kenapa dakwah .Mana tahu kita tutup aurat , orang yang tengok dapat hidayah .Ha ? Dapat pahala free ii je .
Akhirulkalam ..Islam Itu tidak mengongkong penuntutnya ..
Wassalam.